PROTEST IS PATRIOTIC - poster series 2011

PROTEST IS PATRIOTIC - poster series 2011

oleh Fahmi Reza add la kat fb ada banyak lagi kat fb dia... so aku amik salah satu yg aku rase menarik



kenapa

ramai antara kite yg benci akan hari ISNIN
hari ISNIN ada buat salah ke??
kenapa bile nk start keja pada hari ISNIN semua x de mood?

Sebab atas kejadian di atas adalah kerana korang telah set kan
dalam kepala otak korang yg korang x SUKE hari ISNIN

semua ni bole berubah jika korang SET BALIK otAK tu mcm ni
" wahhh best nye hari ISNIN sebab aku masih bernafas "
" wahh best nye hari ISNIN sebab aku bole bekerja n tambah duit "
dan benda benda yang best la..

JANGAN letak kan benda benda yang menjadikan korang ni MALAS PADA HARI ISNIN

hanya pandangan & pendapat aku
x suke terpulang
tima kasih

perlawanan pertunjukan sarkas

Hari ni (13/7/2011) terkeluarlah satu artikel dalam Sinar Harian mengenai kami yang tidak akan ke stadium bagi perlawanan Malaysia menentang tiga kelab EPL akan datang.

Mungkin ramai yang bertanya; “kata Ekor Harimau Malaya, kenapa match ni tak datang sokong?” Dan yang kurang ajarnya, ada puak-puak puaka yang mengambil kesempatan memfitnah mengatakan bahawa kami memboikot perlawanan ini kerana permintan kami untuk tiket percuma bagi perlawanan dengan Arsenal telah ditolak, konon-kononnya sumber dari Pro Events. Ada juga yang mengatakan kami memboikotnya kerana FAM tidak memberi kuota tiket perlawanan Singapura menentang Malaysia kepada kami seperti yang ditulis di sini. Bukan main biadap lagi mulut kauorang ye. Jadi di sini kami terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai situasi sebenar mengenai boikot kami ini.

Pertama sekali, kami melakukan boikot ini terhadap FAM, bukannya terhadap pasukan dan pemain sendiri. Kami sayangkan individu-individu yang berhempas pulas 90 minit ini bagi mendapatkan kemenangan untuk rakyat Malaysia yang masih ada lebih mementingkan pasukan asing yang berada beribu batu jauhnya dan tiada kaitan langsung dengan mereka. Untuk keterangan panjang lebar, anda boleh dapatkan di sini, walaupun page fb ini bukannya kami yang miliki. Dipendekkan cerita, perlawanan-perlawanan ini hanya dilakukan bagi mendapatkan untung kepada sesetengah pihak dalam FAM yang tidak pedulikan pemain-pemain yang bakal menempuhi perlawanan yang jauh lebih penting 23hb ini. Kependekakalan FAM yang kadang-kadang nampak tidak berminat menjalankan tugas hakiki mereka tetapi begitu tangkas sekali dalam hal-hal berkenaan wang harus dihentikan, dan kami bertekad menjalankannya melalui cara memboikot perlawanan ini. Kalau dibuat cara lain, takutnya jalanan KL akan ditutup sekali lagi hahahah. Cuba anda baca mengenai sistem mata kedudukan FIFA dan cari sama ada perlawanan-perlawanan dengan kelab EPL ini ada memberi apa-apa mata kedudukan. Yang kami nampak, lebih banyak buruk dari baiknya. Namun begitu kepada pemain-pemain, jurulatih Dato K (bukan yang tu, yang satu lagi) Fouzi Mokhlas dan Dato Subahan, percayalah bahawa kami tetap teguh di belakang anda. Kami percaya anda akan melakukan yang terbaik, terutamanya menentang Arsenal yang bukan main yakin sehinggakan Arsene Wenger mengakui bahawa mereka tidak mengkaji terlebih dahulu permainan skuad Harimau Malaya. Cuma kami tak sanggup anda semua dikudakan oleh golongan kapitalis-kapitalis ini sehingga penat saban tahun sedangkan tahap bolasepak negara masih buruk.

Seterusnya berkenaan kami ada meminta tiket percuma. Polisi kami Ultras Malaya adalah kami tidak pernah mengharapkan dan meminta ehsan siapa-siapa dalam menjalankan kegiatan sokongan kami. Bolasepak tak boleh berjalan secara MARA. Kalau ada yang menawarkan bantuan, kami akan menerima JIKA tiada apa-apa syarat yang diberikan dan akan kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Silap haribulan, kalau ada syarat pun, kami akan ambil tawaran DAN langgar perjanjian sambil bergelak ketawa. Mungkin ada pihak yang telah mula menggunakan nama baik kami bagi mendapatkan keuntungan sendiri? Kami tak mahu spekulasi. Jadi tidak timbul isu kami boikot kerana permintaan tiket kami ditolak. Kami ada maruah, dan sayangkan bendera Malaysia, tak seperti mereka-mereka yang tak segan silu menerima bayaran untuk bergendang untuk skuad Iran semasa Piala Asia 2007. Kehkehkeh.

Dan yang paling penting di sini, kami tidak menjalankan boikot ini disebabkan tidak mendapat kuota tiket ke Singapura. Kalau anda ingat, pengumuman mengenai pengagihan kuota tiket ini dilakukan hujung minggu lepas, sedangkan kami telah memutuskannya sebelum pengesahan pasukan EPL diumumkan lagi, hampir dua atau tiga bulan sebelum ini. Kalau anda baca artikel kami yang terdahulu di laman web ini, anda boleh dapati bahawa kami sudahpun pasti dengan boikot ini sejak azali lagi. Jadi, macam mana yang dikatakan kami boikot kerana tidak mendapat tiket perlawanan di Singapura? Cuma Sinar Harian yang baru mahu memberi perhatian mengenai boikot ini pada hari ini. Jadi kalau nak fitnah pun, biar la cerdik sikit cara fitnah tu. Sebaliknya kau tu yang “nampok benor nipunye”.

Di sini juga ingin kami jelaskan bahawa walaupun kami tidak berada di stadium untuk perlawanan sarkas ini, kami tidak menegah siapa-siapa ataupun mana-mana komrad kami yang masih berminat menghadirinya secara individu. Ini negara bebas, cuma demonstrasi saja yang tak boleh. Bagus jugak ada ramai penyokong Malaysia di dalam stadium, dan bukannya rakyat Malaysia berkad-pengenalan England. Cuma jangan dibawa identiti Ultras Malaya itu.

Akhir sekali, kami ingin memberi salam jari tengah kepada mereka-mereka yang bertungkus-lumus menyebarkan fitnah terhadap kami secara sengaja ataupun tidak. Ya, kami tau siapa anda. Asyik-asyik orang yang sama. Namun kami tak ambil pusing tohmahan ini kerana kami anggap anda ini sampah yang tak berbaloi pun untuk kami buang air liur untuk bertekak. Cuma kami terpanggil mempertahankan diri kami kerana fitnah anda itu, kalau tak diketahui hujung pangkalnya, akan nampak macam betul oleh penyokong-penyokong lain. Jadi, tahniah dari segi kejayaan memfitnah? Tapi kami percaya yang orang memfitnah dan mengutuk disebabkan mereka tak boleh buat sehebat, sebagus dan SEIKHLAS yang kami buat. Dan kami juga anggap fitnah mereka sebagai raungan terakhir haiwan yang nyawa-nyawa ikan hampir mati di dalam longkangan. Kami hanya tunggu dan lihat maut anda dari tepi, sambil makan kuaci.

gagak owh gagak


petang semalam aku bersama Puan Isteri mahu ke pasar tani
nak beli barang barang dapur dan makan makanan..
dalam perjalanan pergi aku telah xcdent dengan GAGAK..
ye GAGAK burung GAGAK....
pelikan?
ye ar burung terbang di atas x dew yang terbang atas jalan?
aku rase burung ni baru pandai terbang dan terbabas kot...
sian aku tengok bile nak balik
habis kena lenyek dek keta..
tapi aku nk cakap kat sini BUKAN SALAH AKU...


cara mudah untuk menyelesaikan cubic



kredit untuk blogserius

kebangkitan rakyat


09072011
punye cerita



aku sebenarnya suka akan gambar gambar di atas ni
aku x dew kena mengena dalam ini gambar