lari sikit dari post di bawah
hihihi nanti aku sambung balik gambar gambar bali
tp kali ni aku just nk berkongsi ape yang aku rase....
Jumaat 13/05/2011 bertempat di Stadium Shah Alam
pertemuan di antara SELANGOR dan KELANTAN
yeah memang ramai yang bersemangat nak tengok Game tersebut...
tidak ketinggalan dengan aku...
tepat jam 7pm aku ngan Along masuk ke stadium...
memang tepat sangkaan aku penyokong Kelantan lagi ramai dari penyokong Selangor...
mungkin lambat lagi perlawanan nak di mulakan lagi pun RAMAI penyokong Selangor bekerja
pada hari tersebut... boleh di maaf kan... ha ha ha ha
8.45 wisil sepak mula akan di tiupkan
dah serentak API semangat kedua dua penyokong makin berkobar kobar...
aku bersama sama yang lain duduk di Pintu U...
berdiri dan bersorak untuk pasukan aku
awal permainan penyokong wira merah dah bersorak meriah coz
pasukan mereka sudah menjaringkan gol ha ha ha
tamat separuh masa pertama
keputusan yang tercatat ialah SELANGOR 0 KELANTAN 3
masuk separuh masa ke dua
perlawan di mulakan
pihak lawan menambah lagi satu gol
dah pada masa itu ramai di kalangan
penyokong merah kuning mula meninggalkan kerusi yang agak panas...
mungkin mereka tak boleh terima dengan jumlah jaringan begitu banyak...
pihak lawan begitu bernafsu dengan menambah gol yang ke 5 untuk malam tersebut
dengan itu makin meriah lah sorakan dan sokongan dari penyokong penyokong wira merah...
aku melihat Stadium Shah Alam sudah di rampas oleh penyokong Wira merah...
pada babak akhir perlawanan baru lah ada gol saguhati oleh Gergasi Merah...
dan pada masa itu hanya ada segelintir penyokong yang masih tinggal di stadium...
kemana hilangnya PENYOKONG BRANI MATI / PENYOKONG TEGAR
dan yang terus bersorak n menyokong hanya Ultrasel...
keputusan Muktamad Gergasi Merah 1 Wira Merah 5
Sekian....
No comments:
Post a Comment